Akta Bekalan Elektrik Contoh Soalan & Jawapan



Kes 1.
Sebuah kilang syarikat Setia Jaya yang beroperasi di Banting mengeluarkan barang kelengkapan elektrik yang tidak mendapat kelulusan Suruhanjaya Tenaga. Hasil maklumat yang diperolehi, Suruhanjaya mengarahkan suatu pemeriksaan dibuat di premis syarikat tersebut.
Terangkan apakah fungsi, tugas dan kuasa Pegawai Yang Diberikuasa bagi menjalankan tanggongjawabnya.
Apakah akibat jika pemilik kilang atau syarikat pengeluar tersebut tidak membenarkan dan menghalang Pegawai Yang Diberikuasa menjalankan tugasnya.
Jawapan 1.
a) Pegawai Yang Diberikuasa bagi menjalankan fungsi dan tugasnya dibawah Akta dan Peraturan boleh memasuki bangunan kilang samaada dengan waran atau tanpa waran pada masa-masa yang munasabah untuk memeriksa / memeriksateliti barangan kelengkapan elektrik yang dikeluarkan tidak mendapat kelulusan Suruhanjaya.
Barang tersebut handaklah disita dan disenaraikan serta disimpan bagi tujuan pendakwaan dimahkamah sebagai barang bukti.
[Rujukan seksyen 5(1), 5(2) dan 5(3)]
Pihak Pengurusan kilang telah melakukan suatu kesalahan kerana menghalang Suruhanjaya dari menjalankan kerja-kerja pemeriksaan dipremis kilang tersebut. Mengikut Seksyen 8(a), tidak membenarkan mana-mana Pegawai Yang Diberikuasa menjalankan fungsi dan tugasnya adalah boleh dikenakan denda bila sabit kesalahan tidak melebihi RM 5,000.00 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-dua sekali.
ATAU, kesalahan ini boleh dikenakan bayaran kompaun oleh Suruhanjaya sebanyak tidak melebihi RM 2,500.00.
[Rujukan seksyen 8(a), 8(d) dan seksyen 43(1).]

Kes 2.
Sebuah syarikat Megah Mesra Berhad yang mengendalikan pepasangan berlesen terpaksa berhenti mengerjakan atau mengendalikan pepasangannya ekoran kegawatan ekonomi. Suruhanjaya telah mengenakan tindakan menggantung lesen pepasangan tersebut . Syarikat itu telah menanggong kesusahan kerana ia bercadang menyambung semula aktiviti lesennya apabila ekonomi pulih semula.
Apakah yang harus dilakukan oleh Pemegang Lesen terbabit ?
Apakah ganjaran yang akan diperolehi oleh Pemegang Lesen ini ?
Sekiranya lesen ditamatkan apakah tindakan syarikat itu seterusnya ?
Jawapan 2.
Syarikat MMB (Pemegang Lesen) boleh membuat rayuan kepada Menteri berkenaan penggantungan lesen oleh Suruhanjaya. Apabila rayuan dibuat Menteri membuat keputusan, dimana keputusan itu adalah muktamad.
[Rujukan Seksyen 18(2) Akta BE 1990]
Syarikat MMB tidak layak membuat apa-apa tuntutan pampasan di atas tindakan penggantungan lesen tersebut.
[Rujukan seksyen 18(3)]
Apabila lesen Syarikat telah ditamatkan, syarikat hendaklah mengalihkan kelengkapan pepasangan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh penamatan itu. Kos pengalihan adalah ditanggong sendiri oleh syarikat, kemudian boleh menuntut wang cagaran semasa pengeluaran lesen oleh Suruhanjaya terdahulu.
[Rujukan seksyen 18(4)]
Kes 3.
Cahaya Permata Elektrik Sdn. Bhd. sebuah kontraktor elektrik berdaftar hendak menjalankan kerja-kerja pendawaian semula di sebuah rumah kediaman. Setelah menghitung anggaran arus maksima yang di perlukan, ia sesuai menggunakan bekalan fasa tunggal dari Pemegang Lesen.
Mengikut kehendak Peraturan – Peraturan Elektrik 1994 anda di kehendaki menerangkan, apakah yang perlu di lakukan oleh kontraktor berkenaan sebelum dan selepas menyiapkan pendawaian tersebut.
Jawapan 3.
Kontraktor hendaklah mendapatkan kelulusan bertulis terlebih dahulu dari Pemegang Lesen sebelum kerja-kerja pendawaian semula boleh dilakukan terhadap premis tersebut.
[Rujukan peraturan 11(1) PPE 1994]
Memperakukan perakuan Penyeliaan dan Penyiapan yang ditanda tangani oleh Pendawai fasa tunggal atau Pendawai 3 fasa yang bekerja sepenuh masa dengan kontraktor tersebut.
[Rujukan peraturan 12(1) PPE 1994]
Apabila siap pendawaian itu hendaklah diuji oleh Penguji iaitu Pendawai fasa tunggal atau Pendawai 3 fasa yang memiliki Endorsan pengujian yang bekerja sepenuh masa dengan kontraktor tersebut. Penguji hendaklah mengesahkan Perakuan Ujian itu.
[Rujukan peraturan 13(1), PPE 1994]
Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan menggunakan Borang G, manakala Perakuan Ujian pula menggunakan Borang H yang telah ditetapkan dalam Jadual Pertama.
[Rujukan peraturan 14(1), PPE 1994]
Mengemukakan Borang-borang Pengakuan tersebut kepada Pemegang Lesen untuk tindakan seterusnya bagi tujuan membekalkan bekalan elektrik kepremis tersebut.
[Rujukan peraturan 14(2), PPE 1994]
Kes 4.
Anda seorang pekerja yang memiliki Perakuan Kekompetenan dan bekerja dengan sebuah kilang memproses makanan, berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga. Anda layak membuat kerja-kerja penyelenggaraan ke atas papan suis serta semua jentera elektrik dalam kilang tersebut.
Sebelum sesuatu kerja di lakukan terhadap papan suis, apakah yang harus anda buat. (Nyatakan mengikut kehendak Peraturan – Peraturan Elektrik 1994).
Nyatakan kelayakan kekompetenan yang harus anda miliki jika papan suis itu di kendalikan pada bekalan Voltan Rendah.
Takrif “Voltan Rendah”.
Jawapan 4.
Pengendalian papan suis adalah seperti berikut :-
Papan suis hendaklah dimatikan dan setiap konduktor hendaklah dibumikan.
Jika papan suis disusun supaya mana-mana konduktor boleh dimatikan secara berasingan, dimatikan secara pemisah atau boleh dialihkan dari konduktor sebelahnya yang hidup, bahagian yang akan dikerjakan hendaklah dimatikan dan setiap konduktor dibumikan.
[Rujukan peraturan 20(a) dan per. 20(b), PPE 1994]
Kelayakan Kekompetenan yang patut dimiliki oleh orang itu ialah Perakuan sebagai Penjaga Jentera Voltan Rendah Kategori A0 hingga A4. Oleh kerana orang itu bekerja dikilang dan membuat penyelenggaraan papan suis serta jentera elektrik yg lain, memadailah memiliki Perakuan Kekompetenan Penjaga Jentera Kategori A0.
[Rujukan peraturan 60(2), PPE 1994]
Takrif “VOLTAN RENDAH”.
Voltan yang melebihi 50 volt a.u dan tidak melebihi 600 volt a.u antara konduktor dengan bumi ATAU lebih dari 120 volt a.t dan tidak melebihi 900 volt a.t antara konduktor dengan bumi.
[Rujukan peraturan 2, PPE 1994]
Kes 5.
Sebuah kuari yang mendapat bekalan elektrik 1000A, 415 Volt dari Pemegang Lesen telah tidak diselenggarakan dengan sempurna. Kelengkapan pada papan suis utama telah banyak yang rosak dan tidak diperbaiki. Terdapat juga sebahagian papan suis yang hidup dibiarkan terdedah. Bilik suis tidak dikunci dan tiada kawalan dari segi siapa yang boleh memasukinya. Memandangkan Pemutus Litar Utama sering terpelantik, maka orang kompeten pepasangan itu telah mengubah tatahan pada peranti-peranti perlindungan diatas arahan Pihak Pengurusan pepasangan tersebut.
Mengikut Akta 447 (Akta Bekalan Elektrik 1990) dan Peraturan-peraturan Elektrik 1994, huraikan tindakan yang boleh diambil oleh Suruhanjaya keatas –
Pepasangan itu.
Pemunya / Pihak Pengurusan pepasangan itu.
Orang Kompeten pepasangan itu.
Jawapan 5.
Suruhanjaya boleh bertindak dengan memberi notis bertulis kepada Pemunya atau Pengurusan Kuari, mengarahkan kecacatan / kerosakan pepasangan dibaiki / dihapuskan dalam tempoh yang ditetapkan dalam notis itu. Pepasangan itu tidak boleh dikendalikan / digunakan selagi kerosakan / kecacatan itu tidak dibaiki. Suruhanjaya juga boleh dengan serta merta menggantungkan penggunaan pepasangan itu atau melakrinya sehingga kerosakan dibaiki.
[Rujukan seksyen 49(1), Akta BE 1990]
Pemunya / Pengurusan pepasangan Kuari sepatutnya membuat laporan setelah menyedari dan sepatutnya bertindak untuk membaiki atau mengarahkan untuk dibaiki atau diselenggarakan dengan sempurna, tapi Pemunya gagal berbuat demikian dan Suruhanjaya boleh mengambil tindakan terhadap Pemunya kerana menyalahi atau gagal mematuhi Seksyen 49(1) dan 49(2) dan boleh didakwa mengikut Seksyen 37(15) Akta BE 1990, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM 5,000 dan sekiranya kesalahan itu dilakukan berterusan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 500 untuk setiap hari atau Pemunya boleh dikenakan Kompaun tidak lebih dari RM 2,500.
[Rujukan 49(1),(2), Sek. 37(15) dan Sek. 43(1), Akta BE 1990]
Suruhanjaya boleh mengambil tindakan terhadap orang kompeten pepasangan tersebut kerana cuai dan abai dalam tugas sehingga boleh mendatangkan bahaya serta gagal menjalankan tugas yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan elektrik 1994. Suruhanjaya boleh bertindak menggantung Perakuan Kekompetenan. Untuk kesalahan melaraskan / mengubahpinda tatahan peranti perlindungan, Suruhanjaya boleh mendakwa Pemunya dan Orang Kompeten mengikut Seksyen 37(1) Kesalahan dan Penalti dan bila sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM 100,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
[Rujukan peraturan 59(4), 59(5) dan seksyen 37(1) Akta BE 1990]
Kes 6
Sebuah Syarikat Perumahan Maju Saga telah mengambil alih satu projek perumahan yang terbengkalai kira-kira lima tahun lalu.
a. Huraikan mengikut Akta 447 dan Peraturan-peraturan Elektrik 1994.
b. Apakah tindakan yang harus diambil oleh Syarikat Perumahan Maju Saga berkenaan sehinggalah bekalan elektrik boleh disambungkan pada setiap rumah tersebut?
Jawapan 6
Syarikat Perumahan Maju Saga hendaklah mematuhi arahan Akta 447:
Seksyen 24 (2) - Jika mana-mana orang menghendaki pembekalan elektrik di bawah subseksyen (1), dia hendaklah memberi suatu notis kepada Pemegang Lesen yang menyatakan:-
Premis-premis yang berkenaan dengannya itu dikehendaki.
Hari bila bekalan itu dikehendaki dimulakan.
Kuasa maksimum yang dikehendaki pada bila-bila masa.
Tempoh minimum yang selamanya bekalan dikehendaki diberikan.
Seksyen 27 (1) - Jika apa-apa talian bekalan atau logi atau kelengkapan elektrik diadakan oleh Pemegang Lesen menurut seksyen 24 (1), Pemegang Lesen boleh menghendaki apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan munasabah dibayar oleh orang yang menghendaki bekalan elektrik pada apa-apa takat yang munasabah dengan mengambil kira hal keadaan.
Seksyen 28 (1) - Seorang Pemegang Lesen boleh menghendaki mana-mana orang yang menghendaki bekalan elektrik menurut seksyen 24 (1) untuk memberi kepadanya cagaran yang munasabah bagi semua wang yang menjadi kena dibayar kepadanya.
a). Berkenaan dengan bekalan elektrik ; atau
b). Jika apa-apa talian bekalan atau logi atau kelengkapan elektrik perlu diadakan talian bekalan talian atau logi atau kelengkapan elektrik sehinggalah cagaran telah diberi.
Mengikut Peraturan-peraturan Elektrik 1994 di bawah peraturan:
Peraturan 11 (1) - Tiada pendawaian tau pendawaian semula sesuatu pepasangan atau tambahan pada Pepasangan yang sedia ada boleh dijalankan oleh Kontraktor Elektrik atau Init Pendawaian Persendirian tanpa mendapat kelulusan bertulis terlebih dahulu darapada Pemegang Lesen atau Pihak Berkuasa Bekalan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Dengan syarat bahawa tiada kelulusan diperlukan bagi tambahan pada pendawaian yang sedia ada bagi pepasangan domestic jika jumlah arus yang digunakan pada satu-satu masa oleh prpasangan itu, disebabkan tambahan itu, tidak melebihi permintaan arus maksimum seperti yang dipersetujui dalam kontrak bekalan antara pemunya dengan Pemegang Lesen atau Pihak Berkuasa Bekalan.
Peraturan 14 ( 2 ) - Tiada pepasangan, selain daripada dalam peraturan 11, boleh menerima bekalan elektrik daripada atau diberi bekalan oleh Pemegang lesen atau Pihak Berkuasa Bekalan sehingga Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan dan Perakuan Ujian dikemukakan oleh Pemunya atau Pengurusan Pepasangan itu kepada Pemegang Lesen atau Pihak Berkuasa Bekalan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
KES 7
Suatu Kuari Batu Enam yang mendapat bekalan elektrik 1000 Amp. 415 V dari Pemegang Lesen telah tidak diselenggarakan dengan sempurna. Kelengkapan pada papansuis utama telah banyak mengalami kerosakan. Terdapat juga bahagian papansuis yang hidup dibiarkan terdedah. Bilik suis tidak dikunci dan tiada kawalan dari segi siapa yang boleh memasukinya. Memandangkan Pemutus Litar Utama sering terpelantik, maka, orang kompeten pepasangan itu telah mengubah tatahan pada peranti-peranti perlindungan di atas arahan pengurusan pepasangan tersebut.
Mengikut Akta 447 dan Peraturan-peraturan Elektrik1994, huraikan tindakan-tindakan yang boleh diambil oleh Pengarah Suruhanjaya Tenaga ke atas:
a. Pepasangan itu.
b. Pemunya / Pihak pengurusan pepasangan itu.
c. Orang Kompeten pepasangan itu.
Jawapan 7 ( a )
Kuari Batu Enam hendaklah mengikut Akta 447 di bawah Seksyen 49 (1) - Sekiranya Suruhajaya mendapati bahawa ada apa-apa kecacatan pada pepasangan atau bahagiannya yang pada pendapat Suruhanjaya berkemungkinan menyebabkan bahaya, Suruhanjaya boleh, melalui notis bertulis yang disampaikan kepada Pemegang Lesen atau Pemunya, atau jika Pemegang Lesen atau Pemunya itu tidak dapat dijumpai , ditampal di tempat di mana pepasangan itu terletak, menghendaki kecacatan itu dibaiki atau dihapuskan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu, dan dalam hal demikian, pepasangan itu atau bahagiannya tidaklah boleh dikendalikan atau digunakan selepas habisnya tempoh yang dinyatakan melainkan jika kecacatan itu telah dibaiki atau dihapuskan dehingga memuaskan hati Suruhanjaya:
Dengan syarat bahawa, jika Suruhanjaya berpendapat bahawa kecacatan itu mungkin menyebabkan bahaya yang hampir benar berlaku, Suruhanjaya boleh, melalui notisnya yang ditampalkan atau disampaikan seperti yang disebut terdahulu, dengan serta merta menggantungkan pengendalian dan penggunaan pepasangan itu, dan jika perlu, melakkan pepasangan itu atau bahagiannya sehingga kecacatan itu dibaiki atau dihapuskan. Pepasangan itu atau bahagiannya tidaklah boleh dikendalikan atau digunakan sekagi notis penggantungan itu belum dibatalkan dan lak itu tidak dialihkan oleh pegawai diberi kuasa.
Jawapan 7 ( b )
Mengikut Peraturan-peraturan Elektrik 1994 di bawah peraturan 12 (2) - Mana-ana pendawaian elektrik dalam sesuatu pepasangan, dikendalikan pada voltan rendah yang menerima bekalan tiga fasa daripada Pemegang Lesen atau Pihak Berkuasa Bekalan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah di bawah Penyeliaan langsung Pendawai dengan Sekatan Fasa Tiga, dan apabila siap pepasangan itu, Pendawai itu hendaklah memperakukan Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan.
Peraturan 110 (1) - Sesuatu pepasangan hendaklah diselenggarakan dalam keadaan baik dan berfungsi dan langkah-langkah awasan hendaklah dipatuhi pada setiap masa untuk mencegah bahaya.
Jawapan 7 ( c )
Mengikut Akta 447 di bawah Seksyen 37 ( 1 ) - Mana-mana orang yang menggangu atau melaraskan apa-apa pepasangan atau bahagiannya atau mengilang atau mengimport atau menjual apa-apa kelengkapan sehingga menyebabkan atau mungkin menyebabkan bahaya kepada nyawa atau anggota badan manusia atau kerosakan pada mana-mana kelengkapan atau harta lain adalah melakukan suatu kesalahan dan bagi setiap kesalahan sedemikian, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
KES 8
Sebuah kilang yang sedang beroperasi di Petaling Jaya, mengeluarkan alat kelengkapan elektrik dan tidak pernah mendapat kelulusan pihak Suruhanjaya Tenaga. Hasil maklumat yang diperolehi, Suruhanjaya Tenaga akan bertindak membuat pemeriksaan.
a. Ceritakan keadaan dan perihal yang membolehkan Suruhanjaya Tenaga
memasuki bangunan kilang tersebut bagi tujuan memeriksa, memeriksa teliti
dan menggeledah.
b. Apakah tindakan yang boleh dikenakan terhadap pengusaha kilang tersebut jika tidak membenarkan dan menghalang Suruhanjaya Tenaga tersebut bagi menyempurnakan tugasnya?
Jawapan 8
SEKSYEN 5 (2) - Kuasa Memasuki Bangunan
Dalam keadaan biasa - memerlukan waran geledah.
Bagi mendapatkan waran geledah, Suruhanjaya Tenaga hendaklah memberi maklumat secara bersumpah kepada Majistret menyatakan kilang di Petra Jaya itu menjalankan kegiatan-kegiatan yang disyaki menyalahi Akta Bekalan Elektrik 1990. Dengan waran geledah yang telah ditandatangani oleh Majistret itu, adalah memberi kuasa kepada Suruhanjaya Tenaga untuk memasuki kilang tersebut pada bila-bila masa bagi melaksanakan tugasnya.
Dalam keadaan mendesak - tanpa waran geledah.
Suruhanjaya Tenaga berpuas hati diatas maklumat yang diterima bahawa dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa disebabkan kelengahan mendapatkan waran dari Majistret, kegiatan-kegiatan kilang yang menyalahi Akta Bekalan Elektrik 1990 itu sempat dialih atau dimusnahkan. Dalam hal yang sebegini, Pengarah boleh memasuki bangunan kilang itu tanpa waran.
SEKSYEN 8 - Halangan Terhadap Suruhanjaya Tenaga.
Mana-mana orang yang :
a) Tidak membenarkan mana-mana Suruhanjaya Tenaga atau Pegawai Polis yang berpangkat tidak rendah dari Inspektor akses kepada mana-mana tempat ;
b) Menyerang, menghalang atau melengahkan mana-mana Suruhanjaya Tenaga atau Pegawai Polis yang berpangkat tidak rendah dari Inspektor dalam melaksanakan apa-apa kemasukan dibawah Akta ini , atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
KES 9
Sebuah Kilang Tekstil Bukit Sagu menerima bekalan 33,000 Volt dari Pemegang Lesen. Mengikut Akta 447 dan Peraturan-peraturan Elektrik 1994. Huraikan langkah-
langkah yang perlu diambil oleh Pihak Pengurusan Kilang Tekstil Bukit Sagu itu berkaitan:
a. Kawalan kompeten pepasangan itu.
b. Orang Kompeten pepasangan itu.
c. Penambahan sekiranya sebuah Janakuasa 1500 KVA digunakan sebagai Sistem Tunggu Sedia.
Jawapan 9 ( a )
Kilang Tekstil Bukit Sagu hendaklah mengikut Akta 447 di bawah seksyen 23 (1)
Tiada pepasangan atau logi kelengkapan elektrik selain daripada yang dipunyai atau diuruskan oleh pihak berkuasa bekalan boleh dikerjakan atau dikendalikan kecuali oleh atau di bawah orang-orang yang memiliki apa-apa kelayakan dan memegang apa-apa perakuan sebagaimana yang ditetapkan, dan tiada seorang pu yang tidak memiliki kelayakan atau memegang perakuan seperti yang disebut terdahulu boleh menjaga apa-apa pepasangan atau boleh mengawal pengendalian apa-apa logi atau kelengkapan elektrik.
Mengikut Peraturan-peraturan Elektrik 1994 di bawah peraturan 60 (1) (b )
Orang kompeten untuk mengerjakan, mengendalikan atau mempunyai kawalan atas apa-apa kerja atau pengendalian sesuatu pepasangan yang dikehendaki oleh mana-mana pemunya, pengurusan atau pemegang lessen, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, melainkan dikecualikan di bawah akta, disyorkan olh orang yang berikut :-
Jika pepasangan dikendalikan pada voltan melebihi 600 volt tetapi tidak melebihi 132,000 volt.
i ) Seorang Jurutera Perkhidmatan Elektrik.
ii ) Seorang Jurutera Elektrik Kompeten atau
iii ) Seorang Jurutera Elektrik Kompeten residen.
Peraturan 67 ( 1 ) ( b ) - Orang kompeten yang dikehendaki untuk melawat dan memeriksa pepasangan adalah seperti yang berikut :-
Jika pepasangan itu dikendalikan pada voltan yang melebihi voltan rendah :
( i ) Jurutera Perkhidmatan Elektrik atau
( ii ) Jurutera Elektrik Kompeten.
Peraturan 67 ( 2 ) ( c ) - Bilangan lawatan bagi maksud pemeriksaan oleh orang kompeten yang disebut dalam subperaturan ( 1 ) hendaklah seperti yang berikut:-
Bagi pepasangan melebihi 11, 000 volt tetapi tidak melebihi 132, 000 volt, bilangan minimum lawatan sebulan adalah empat lawatan. Dengan syarat bahawa di tempat hiburan awam kekerapan pemeriksaan bagi pepasangan yang disebut dalam perenggan ( a ) adalah sekurang-kurangnya dua pemeriksaan sebulan :
Dengan syarat selanjutnya Suruhanjaya boleh menentukan :-
( aa ) Demi kepentingan keselamatan awam bilangan pemeriksaan bagi sesuatu pepasangan oleh orang kompeten hendaklah lebih daripada bilangan yang ditetapkan dalam perenggan ( a ), ( b ) atau ( c )
( bb ) Jika dia berpuas hati bahawa pepasangan itu adalah selamat dan semunasabahnya terjamin, bilangan pemeriksaan bagi pepasangan itu oleh orang kompeten hendaklah kurang daripada yang dinyatakan dalam perenggan ( a ), ( b ) atau ( c ).
Jawapan 9 ( b )
Mengikut Peraturan-peraturan Elektrik 1994 di bawah peraturan 63 ( 7 )
Pemunya, pengurusan atau pemegang lessen sesuatu pepasangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menyebabkan untuk didaftarkan dalam masa tujuh hari dari pengambilan kerja atau perlantikan mana-mana orang yang memegang Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini dan hendaklah memberitahu Pengarah secara bertulis nama dan kelayakan orang itu.
Peraturan 63 ( 8 ) - Pemunya, pengurusan atau pemegang lessen sesuatu pepasangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menyediakan senarai tugas bagi mengenal pasti kerja atau kendalian setiap orang kompeten dan bahagian pepasangan yang akan berada di bawah tanggungjawab setiap orang kompeten yang diambil kerja olehnya, dan senarai tugas itu hendaklah diakuterima oleh orang kompeten itu dan hendaklah dikemukakan apabila diminta oleh seorang diberi kuasa.
Jawapan 9 ( c )
Mengikut Akta 447 di bawah seksyen 21 ( 2 ) - Tiada seorang pun boleh memiliki atau mengendalikan sesuatu pepasangan, melainkan jika pepasangan itu didaftarkan pada suatu Perakuan Pendaftaran yang sah.
Mengikut Peraturan-peraturan Elektrik 1994 di bawah peraturan 3. ( 1 ) - Melainkan jika dikecualikan oleh menteri, permohonan bagi pendaftaran pepasangan hendaklah dalam Borang A yang ditetapkan dalam Jadual Pertama.
Peraturan 3. ( 2 ) - Perakuan Pendaftaran hendaklah dalam Borang B yang ditetapkan dalam Jadual Pertama.
Peraturan 3. ( 3 ) - Perakuan Pendaftaran hendaklah sah bagi tempoh tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada lima tahun dari tarikh ia dikeluarkan.
Peraturan 4 - Fee hendaklah dibayar bagi pengeluaran Perakuan Pendaftaran mana-mana pepasangan pada kadar yang ditetapkan dalam Bahagian 1 Jadual Kedua.
KES 10
Dalam bahagian kesalahan dan penalti yang anda faham, terangkan kesalahan dan penaltinya mengikut bahagian yang dinyatakan.
buat pendawaian baru dan sambungan tanpa kebenaran bertulis dari Pihak Berkuasa Bekalan.
Merosakkan meter untuk merekodkan keluaran kuasa.
Tanpa kebenaran merosakkan atau mencacatkan lampu awam.
Meninggalkan dengan gopoh atau cuai yang menyebabkan kecederaan atau kerosakkan pada harta benda.
Jawapan 10
Merujuk Seksyen 37 dalam Bahagian IX dibawah tajuk kesalahan dan penalti adalah seperti berikut :-
Seksyen 37 (13a) kesalahan membuat pendawaian dan sambungan pendawaian pada premis dari pihak berkuasa bekalan atau pemegang lesen dan dendanya tidak melebihi 10 ribu ringgit atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
b. Seksyen 37 (14) kesalahan merosakan meter atau alat pada pepasangan berlesen bagi mendapat bacaan atau penggunaan habis tenaga dendanya tidak melebihi 5 ribu ringgit dan penjara tidak lebih dari dua tahun atau kedua-duanya sekali.
c. Seksyen 37 (9) adalah bagi merosakan lampu awam sama ada memadamkan, mencacatkan pendakap tiang atau lain-lain peralatan bagi menumpang lampu awam. Dendanya tidak melebihi 25 ribu ringgit dengan denda tambahan tidak melebihi 1 ribu ringgit setiap hari atau sebahagian daripada hari selepas disabitkan kesalahan.
d. Kesalahan dibawah Seksyen 37 (2) menyatakan mana-mana orang yang meninggalkan kerja dengan tidak sempurna dan selamat yang mana boleh menyebabkan kerosakan atau kecederaan boleh didenda tidak melebihi 50 ribu ringgit dan penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
KES 11
Huraikan perkara berikut,
Pepasangan awam.
Pepasangan persendirian.
Orang diberi kuasa.
b. Berikan tiga fungsi dan tugas Suruhanjaya.
JAWAPAN 11
a. i. Pepasangan awam – ertinya pepasangan yang dikendalikan oleh pemegang lesen bagi membekalkan elektrik kepada mana-mana orang selain daripada pemegang lesen.
Pepasangan persendirian – ertinya pepasangan yang dikendalikan oleh pemegang lesen atau pemunya semata-mata bagi membekalkan elektrik kepada dan penggunaannya diatas harta atau premis kepunyaan pemegang lesen atau pemunya itu sendiri, atau dalam hal seorang pengguna, yang mengambil elektrik daripada pepasangan awam atau pihak berkuasa bekalan, bagi kegunaan hanya di atas harta atau premis kepunyaan pemegang lesen atau pemunya sahaja.
orang diberi kuasa – ertinya orang yang dilantik oleh pihak pengurusan atau pemunya sesuatu pepasangan,atau oleh seorang kontraktor, yang bertindak sebagai ejen untuk dan/atau bagi pihak pengerusan atau pemunya,untuk menjalankan tugas tugas tertentu yang bersampingan dengapenjanakuasaan,penghantaran,pengagihan dan penggunaan elektrik.
Mana-mana tiga jawapan dari Bahagian III, Seksyen 4: Fungsi, tugas dan Kuasa Suruhanjaya (a hingga m) - merujuk Akta Bekalan Elektrik 1990.
KES 12
Syarikat Jana Tech ialah pemegang lesen terpaksa berhenti mengerjakan atau mengendalikan pepasangan ekoran kegawatan ekonomi. Suruhanjaya telah mengenakan tindakan menggantung lesen syarikat tersebut. Setelah ekonomi pulih, syarikat itu bercadang menyambung semula aktiviti lesennya.
a. Apakah yang harus dilakukan oleh syarikat terbabit?
b. Apakah ganjaran yang akan diperolehi oleh syarikat ini?
c. Sekiranya lesen syarikat ditamatkan, apakah tindakan Pemegang Lesen seterusnya?
JAWAPAN 12
a. Syarikat boleh mengemukakan rayuan :-
SEKSYEN 18(2)
Jika lesen telah digantung atau dibatalkan atas alasan bahawa Pemegang Lesen telah berhenti mengerjakan atau mengendalikan sesuatu pepasangan, Pemegang Lesen boleh, jika ia berpendapat bahawa dia menanggung kesusahan tak berpatutan disebabkan oleh penggantungan atau pembatalan itu, merayu kepada menteri terhadap penggantungan atau pembatalan itu dan keputusan menteri mengenai rayuan itu adalah muktamad.
(Syarikat hendaklah menerima hakikat sekiranya keputusan menteri tidak memihak kepadanya)
b. Syarikat tidak akan memperolehi apa-apa ganjaran berpandukan kepada:
SEKSYEN 18(3)
Pemegang Lesen tidak berhak kepada pempasan kerana apa-apa kerugian yang disebabkan kepadanya oleh penggantungan atau pembatalan kepadanya oleh penggantungan atau pembatalan lesen dibawah seksyen ini.
c. Syarikat hendaklah mengalihkan pepasangannya dan kelengkapan mengikut kehendak:
SEKSYEN 18(4)
Apabila tamatnya sesuatu lesen, Pemegang Lesen hendaklah mengalihkan pepasangan dan kelengkapannya dalam masa tiga bulan dari tarikh penamatan itu, yang kegagalannya hendaklah menjadikan Pemegang Lesen itu bertanggungan bagi segala apa jua pun kos yang dilakukan dalam mengalihkannya dan kos itu boleh didapatkan kembali daripada cagaran yang didepositkan (jikada) dibawah subseksyen (1)
(Deposit yang diberikan kepada Ketua Pengarah bagi pematuhan yang wajar akan terma-terma dan syarat lesen dan Akta Bekalan Elektrik 1990)
KES 13
Dalam bahagian kesalahan dan penalti yang anda faham, terangkan kesalahan dan penalti yang dinyatakan sperti berikut:
a. Membuat pendawaian baru dan sambungan tanpa kebenaran bertulis Pihak Berkuasa Bekalan
b. Merosakkan meter untuk merekodkan keluaran kuasa
c. Tanpa kebenaran merosakkan atau mencacatkan lampu awam
d. Meninggalkan dengan gopoh atau cuai yang menyebabkan kecederaan atau kerosakkan pada harta benda
JAWAPAN 13
a. i. tiada seorang pun boleh memasnag apa-apa pendawaian atau persambungan elektrik pada pendawaian yang ada pada mana - mana premis tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada suatu pihak berkuasa bekalan atau pemegang lessen
mana-mana orang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan satu kesalahan dan boleh dikenakan, apabila disabitkan, denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya
Seksyen 37 subseksyen (13)
b. Mana-mana orang yang merosakkan apa-apa meter atau alat lain yang digunakan atas atau berkaitan dengan mana-mana pepasangan belesen bagi merekodkan keluaran atau pengunahabisan elektrik adalah melakukan satu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya
Seksyen 37 Subseksyen (14)
c. Mana-mana orang yang, tanpa kebenaran yang wajar, memadamkan atau merosakkan apa-apa lampu awam atau merosakkan atau mencacatkan apa-apa tiang pendakap atau kaedah lain bagi menopangkan suatu lampu awam adalah melakukan satu kesalahan dan boleh dikenakan, apabila di sabitkan, denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya
Seksyen 37 subseksyen (9)
d. Mana-mana orang yang dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan gopoh atau cuai menyebabkan kecederaan atau kerosakkan kepada mana-mana orang atau harta berkenaan dengan mana-mana pepasangan atau kelengkapan atau suatu bahagiannya adalah melakukan satu kesalahan dan boleh dikenakan, apabila disabitkan, denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya
Seksyen 37 subseksyen (2)
KES 14
En Abdul Rahman telah diuji dan diperakui oleh pihak Suruhanjaya Tenaga Malaysia sebagai Pendawai PW 3.Beliau telah memohon pendaftaran dengan Suruhanjaya Tenaga sebagai Kontraktor kelas C. Permohonan En Abdul Rahman ditolak. Anda sebagai bakal rakan kongsi beliau dikehendaki memberi nasihat tentang cara yang betul untuk mendapatkan perakuan pendaftaran Kontraktor kelas C dan nyatakan keupayaan kewangan untuk kerja-kerja elektrik kelas C.
JAWAPAN 14
En. Abdul Rahman tidak boleh melaksanakan atau menjalankan apa-apa kerja elektrik melainkan jika beliau memegang suatu perakuan pendaftaran yang sah sebagai seorang Kontraktor Elektrik yang dikeluarkan dibawah peraturan ini.
Peraturan 75 (1).
Perakuan Pendaftaran sebagai kontraktor Elektrik hendaklah dalam borang Q yang ditetapkan dalam jadual pertama dan hendaklah sah selama dua belas bulan dari tarikh pengeluaran atau pembaharuannya.
Peraturan 75 (2).
Tiada Perakuan Pendaftaran sebagai Kontraktor Elektrik boleh dikeluarkan atau diperbaharui melainkan jika Suruhanjaya berpuashati bahawa,
a. En Abdul Rahman telah mendaftarkan perniagaannya dengan pendaftaran perniagaan atau pendaftaran syarikat,mengikut mana-mana yang berkenaan.
b. En Abdul Rahman telah mengambil kerja sepenuh masa suatu bilangan Pendawai seperti yang dinyatakan dalam peraturan 78 yang releven dengan Kontraktor kelas C .
c. Semua pekerja mempunyai perlindungan insurans di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1996.
d. En Abdul Rahman mempunyai kelengkapan yang sesuai , kelengkapan menguji dan peralatan yang berhubung dengan kerjanya yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya.
Peraturan 76
Sebelum mengeluarkan atau memperbaharui suatu Perakuan Pendaftaran sebagai Kontraktor Elektrik,Suruhanjaya boleh menghendaki En Abdul Rahman mengemukakan maklumat yang berikut.
a. nama dan alamat semua pekongsi dalam hal perkongsian yang berdaftar,dan tentang semua Pengarah,Pengurus dan pemegang saham dalam hal syarikat yang berdaftar.
b. Premis yang disewa atau dipunyai bagi menjalankan perniagaan.
c. Apa-apa maklumat yang Suruhanjaya fikirkan perlu.
Peraturan 77.
Berupaya untuk menjalankan kerja elektrik yang mencapai lima ratus ribu ringgit nilainya.
Peraturan 78 (4).
KES 15
Sebuah kilang National Panasonics di Shah Alam Selangor, telah berlaku kebakaran yang serius. Akibat daripada kebakaran itu, telah menyebabkan banyak perkakas dan lain-lain peralatan musnah dan satu kes kehilangan nyawa telah dilaporkan.
a. Dalam Kes ini, sekiranya anda sebagai pihak pengurusan di syarikat berkenaan apakah tindakan yang perlu diambil terhadap kes tersebut.
b. Apakah tindakan Suruhanjaya apabila menerima laporan tersebut ?
JAWAPAN 15
Rujuk kepada Bahagain VII
Pemberitahuan kemalangan atau Kebakaran
Seksyen 33 Sub 1
Bilamasa apa-apa kemalangan atau kebakaran yang menyebabkan atau mengakibatkan kehilangan nyawa atau cedera kepada mana-mana orang atau kerosakan serius pada harta telah berlaku berkaitan dengan apa-apa pepasangan atau loji atau kelengkapan elektrik, pemunya, pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan dan pihak pengurusannya hendaklah melaporkan kemalangan atau kebakaran itu kepada Suruhanjaya melalui cara yang tercepat ada, dan kemudiannya, dengan seberapa sedikit kelengahan yang mungkin, hendaklah melaporkan secara bertulis kepada Suruhanjaya mengenai fakta-fakta perkara itu setakat yang diketahui oleh mereka masing-masing.
Seksyen 33 Sub 3
Sekiranya berlaku kehilangan nyawa atau cedera parah kepada mana-mana orang disebabkan oleh apa-apa kemalangan atau kebakaran berkaitan dengan mana-mana pepasangan atau loji atau kelengkapan elektrik, tiada pengubah pindaan atau penambahan boleh, tanpa kebenaran ST, dibuat pada mana-mana bahagian pepasangan, loji atau kelengkapan itu yang mungkin telah membantu menyebabkan kemalangan atau kebakaran itu dan tiada apa-apa pindaan boleh dibuat, tanpa keizinan itu, pada tempat berlakunya kemalangan atau kebakaran sehinggalah pegawai diberi kuasa telah menyelesaikan penyiasatannya:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua permulaan di bawah seksyen ini boleh berkuatkuasa untuk menggangu kerja penyelamatan atau kerja yang perlu bagi keselamatan am nyawa atau harta.
KES 16
Encik Othman bin Rahman ialah seorang warganegara Indonesia dan sedang bekerja di tapak pembinaan di Salak Selatan, ingin memohon Perakuan Kekompetenan Sementara.
a) Mengikut Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, bolehkah Lembaga mengeluarkan Perakuan Kekompetenan Sementara tersebut dan apakah syarat-syaratnya.
b) Bahagian, Peraturan dan sub-peraturan manakah yang menyatakan perkara-perkara diatas.
c) Bagi memuaskan hati Lembaga, berikan syarat-syarat yang membolehkan Encik Othman bin Rahman dipertimbangkan untuk pengeluaran Perakuan Kekompetenan.
Jawapan 16
a) Lembaga boleh mengeluarkan Perakuan Kekompetenan Sementara. Syaratnya Encik Othman bin Rahman perlu membayar fee yang ditetapkan dalam Bahagian IV Jadual Kedua.
b) Bahagian III Pengendalian, Peraturan 52, Subperaturan (1).
c) Encik Othman bin Rahman mesti memiliki;
i) Kelayakan dan kemahiran yang diiktiraf bagi mengamalkan Kejuruteraan Elektrik dinegara yang dia biasa mengamalkannya.
ii) Kepakaran yang diperlukan dan kehadiran secara fizikalnya diperlukan di Malaysia.
iii) Permit kerja yang diperlukan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Releven.
Kes 17
Encik Ahmad Shazili telah menerima satu notis cadangan dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang menyatakan hasrat memasuki tanah dan melakukan kerja bagi maksud pembinaan tiang (menara) bagi sistem pengagihan tenaga elektrik. Tanah Encik Ahmad Shazili terletak di Kampung Dusun dalam daerah Manjung.
Beliau tidak bersetuju dengan cadangan TNB itu dan meminta anda memberikan penjelasan dari segi undang-undang, bagaimana urusan ini dapat diselesaikan.
Jawapan 17
Encik Ahmad Shazili boleh mebuat bantahan terhadap cadangan TNB itu mengikut cara yang ditetapkan melalui :
SEKSYEN 11 (4)
Mana-mana orang yang menerima notis yang dimaksudkan terhadap tanah milikannya, dalam masa empat belas hari dari selepas penerimaan notis yang disebutkan, boleh menyerahkan satu bantahan terhadap tindakan-tindakan yang dicadangkan oleh Pemegang Lesen. Bantahan itu dibuat kepada Pentadbir Tanah Daerah sama ada secara lisan atau bertulis, dan Pentadbir Tanah Daerah hendaklah memberi notis mengenai bantahan itu kepada Pihak Berkuasa Negeri dan Pemegang Lesen.
(Dalam kes ini Encik Ahmad Shazili mengemukakan bantahannya kepada Pentadbir Tanah Daerah Manjung).
SEKSYEN 11 (6)
Jika bantahan tidak ditarik balik sebelum tarikh yang ditentukan bagi pendengarnya, Pentadbir Tanah Daerah hendaklah mengadakan satu siasatan dengan memberi semua pihak peluang untuk didengar.
(Diperingkat ini Encik Ahmad Shazili bolehlah memberikan sebab-sebab mengapa beliau membantah cadangan TNB itu).
SEKSYEN 11 (7)
Apabila tamatnya siasatan , Pentadbir Tanah Daerah boleh sama ada tanpa syarat atau tertakluk kepada apa-apa terma, syarat dan ketentuan yang difikirkannya patut, membuat perintah yang membenarkan atau melarang mana-mana tindakan yang disebut dalam notis Pemegang Lesen. Dengan syarat bahawa mana-mana orang yang tidak berpuashati dengan perintah Pentadbir Tanah Daerah boleh dalam masa dua puluh satu hari selepas perintah itu merayu terhadap perintah sedemikian kepada Pihak Berkuasa Negeri yang kemudiannya itu atas apa-apa terma , syarat dan ketentuan yang difikirkannya patut.
SEKSYEN 11(8)
Pihak Berkuasa Negeri boleh , jika difikirkannya patut, sebagai ganti daripada membuat suatu perintah dibawah subsekyen (7), mengarahkan pengambilan mana-mana tanah atau bahagian mana-mana tanah yang termasuk dalam notis cadangan yang diberi oleh Pemegang Lesen.
SEKSYEN 11 (9)
Keputusan Pihak Berkuasa Negeri dibawah seksyen ini adalah muktamad.
(Ini adalah peringkat akhir dimana apa juga keputusan Pihak Berkuasa Negeri sama ada memihak kepada Pemegang Lesen atau kepada Encik Ahmad Shazili, Encik Ahmad Shazili terpaksa menerimanya)
Kes 18
Peraturan-peraturan Bekalan Elektrik 1990 adalah menerangkan tentang Pendaftaran Unit Pendawaian Persendirian.
a. Apakah yang anda faham tentang Pendaftaran Unit Pendawaian Persendirian.
b. Berapakah fee bagi perakuan pendaftaran dan pembaharuan lesen bagi unit pendawaian persendirian.
c. Bagi pepasangan persendirian berapakah fee pengeluaran dan pembaharuan mengikut keupayaan bermula kurang dari 10 Kilowatt sehingga melebihi 600 Kilowatt.
Jawapan 18
Unit Pendawaian Persendirian adalah satu unit atau satu pasukan yang menjalankan kerja-kerja pendawaian elektrik di tempatnya sendiri. Mengkut peraturan ST 1990 dan 1994 walau pekerja yang menjalankan kerja elketrik mempunyai kekompetenan tetapi tidak mendaftar , ia tidak boleh menjalankan kerja pendawai elektrik walaupun di tempat sendiri melainkan ia telah mendaftar sebagai unit pendawaian persendirian dalam Borang R. Sebelum perakuan itu dapat dikeluarkan pihak pengurusan tersebut hendaklah memenuhi kehendak ST mengikut Peraturan 80 (1)a dimana :-
orang yang menjalankan kerja-kerja elektrik hendaklah telah mendaftar dengan pendaftar syarikat.
Mesti melantik bekerja sepenuh masa seorang kompeten yang mempunyai PW4.
Semua pekerja tersebut hendaklah dilindungi oleh insuran dibawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
Mesti mempunyai kelengkapan yang sesuai dan peralatan pengujian dan perkakas berhubung dengan kerjanya.
Fee bagi pendaftaran unit pendawaian persendirian ialah RM300.00 dan pembaharuan ialah RM200.00. Bagi fee untuk pendaftaran dan pembaharuan lessen pepasangan persendirian ialah :-
a. kurang dari 10 kW - RM20.00
b. lebih dari 10 – 50 kW - RM150.00
c. melebihi 50 kw – 100 kW - RM500.00
d. melebihi 100 kW – 300 kW - RM 1000.00
e. lebih 300 kW – 600 kW - RM1500.00
f. melebihi 600 kW - RM2000.00
Kes 19
a) Huraikan peranan Pemegang Lesen bagi Pepasangan Awam dan Pepasangan Persendirian. Apakah kaitan kedua-dua pepasangan tersebut dengan Pepasangan Berlesen dan Berdaftar.
b) Bagaimana pula dengan peranan Pengguna dan ketetapan-ketetapan berhubung dengan pepasangan miliknya.
Jawapan 19
SEKSYEN 2 , 9 DAN 21 - AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990
PERATURAN 3 HINGGA 10 - PERATURAN-PERATURAN ELEKTRIK 1994
a) Peranan Pemegang Lesen.
Peranan Pemegang Lesen bagi Pepasangan Awam adalah menggunakan, mengendalikan atau membenarkan diguna atau dikendalikan pepasangan itu bagi menjalankan aktiviti-aktiviti pembekalan tenaga kepada mana-mana orang disamping mengguna tenaga itu bagi maksud sendiri jika penggunaan itu konsisten dengan terma lesen. Bagi mengandalikan Pepasangan Awam ini lesen diperlukan dan pepasangan itu mesti didaftarkan.
Peranan Pemegang Lesen bagi Pepasangan Persendirian adalah sama seperti diatas tetapi aktiviti-aktiviti pembekalan dan penggunaan tenaga terhad diatas harta atau premis kepunyaan Pemegang Lesen itu sendiri. Seperti Pepasangan Awam. Pepasangan Persendirian ini perlu kepada lesen dan pendaftaran bagi mengerjakan atau mengendalikannya.
Setiap Pepasangan Awam dan Pepasangan Persendirian yang pengendalinya diperlukan lesen dibawah Seksyen 9 dan didaftarkan mengikut Seksyen 21 dan mengikut kehendak-kehendak peraturan yang berkaitan dengannya adalah dikenali sebagai Pepasangan Berlesen dan Berdaftar.
b) Peranan Pengguna.
Peranan Pengguna pula adalah menyediakan pepasangan yang akan menerima bekalan dari Pepasangan Awam, dan menggunakannya diatas harta atau premis pemunya (pengguna) itu sahaja. Pepasangan yang disediakan oleh pengguna ini dikenali sebagai Pepasangan Persendirian tetapi ia bukanlah Pepasangan Persendirian yang membekalkan bekalan atau Pepasangan Berlesen. Pepasangan Persendirian kategori ini tidak dikenakan lesen tetapi perlu didaftarkan bagi mengendalikannya melainkan mendapat pengecualian dibawah Akta Bekalan Elektrik 1990.
Kes 20
En Abdullah yang mempunyai 10 tahun pengalaman di dalam kerja-kerja pendawaian elektrik satu fasa dan tiga fasa dengan syarikat kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga bercadang untuk menduduki peperiksaan bagi mendapatkan perakuan kekompetenan pendawai.
Anda diminta menjelaskan perkara berikut kepada beliau :
a) Syarat–syarat layak dipertimbangkan menduduki peperiksaan.
b) Cara peperiksaan dijalankan.
c) Kategori Perakuan Kekompetenan Pendawai.
Jawapan 20
a) Merujuk kepada Peraturan – Peraturan Elektrik 1994 Peraturan 50 (1)
Syarat – syarat layak menduduki peperiksaan Kekompetenan Pendawai :
i. Seorang warganegara Malaysia
ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun
iii. Memiliki kelayakan pendidikan sesuai yang ditentukanoleh Lembaga.
iv. Mempunyai pengalaman bekerja yang berkaitan dengan pendawaian elektrik bagi apa – apa tempoh yang akan ditentukan oleh Lembaga dengan seseorang Kontraktor Elektrik berdaftar.
v. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Kebangsaan.
vi. Boleh mematuhi syarat – syarat lain yang Lembaga fikirkan perlu
b) Cara Peperiksaan Kekompetenan Pendawai dijalankan
i. Ujian Teori
ii. Ujian Amali
iii. Ujian Lisan
Semua ujian tersebut adalah berdasarkan sukatan pelajaran Pendawai sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.
Merujuk kepada Peraturan–Peraturan Elektrik 1994 Peraturan 50 (3)
Katagori Perakuan Kekompetenan Pendawai
a. PW 1 - Perakuan Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal
b. PW 2 - Perakuan Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal serta Endorsan Pengujian
c. PW 3 - Perakuan Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga
d. PW 4 - Perakuan Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga serta Endorsan Pengujian
e. PW 5 - Perakuan Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga serta Endorsan Pepasangan Papasangan Papan Tanda Elektrik.
f. PW 6 - Perakuan Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga serta Pepasangan Papan Tanda Elektrik & Endorsan Pengujian Pepasangan.
Merujuk kepada Peraturan – Peraturan Elektrik 1994 Peraturan 55 (1) (a), (b) dan ( c)
Kes 21
a) Huraikan peranan Pemegang Lesen bagi Pepasangan Awam dan Pepasangan Persendirian. Apakah kaitan kedua-dua pepasangan tersebut dengan Pepasangan Berlesen dan Berdaftar.
b) Bagaimana pula dengan peranan Pengguna dan ketetapan-ketetapan berhubung dengan pepasangan miliknya.
(15 markah)
Jawapan 21
SEKSYEN 2 , 9 DAN 21 - AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990
PERATURAN 3 HINGGA 10 - PERATURAN-PERATURAN ELEKTRIK 1994
a) Peranan Pemegang Lesen.
Peranan Pemegang Lesen bagi Pepasangan Awam adalah menggunakan, mengendalikan atau membenarkan diguna atau dikendalikan pepasangan itu bagi menjalankan aktiviti-aktiviti pembekalan tenaga kepada mana-mana orang disamping mengguna tenaga itu bagi maksud sendiri jika penggunaan itu konsisten dengan terma lesen. Bagi mengandalikan Pepasangan Awam ini lesen diperlukan dan pepasangan itu mesti didaftarkan.
(4 markah)
Peranan Pemegang Lesen bagi Pepasangan Persendirian adalah sama seperti diatas tetapi aktiviti-aktiviti pembekalan dan penggunaan tenaga terhad diatas harta atau premis kepunyaan Pemegang Lesen itu sendiri. Seperti Pepasangan Awam. Pepasangan Persendirian ini perlu kepada lesen dan pendaftaran bagi mengerjakan atau mengendalikannya.
(4 markah)
Setiap Pepasangan Awam dan Pepasangan Persendirian yang pengendalinya diperlukan lesen dibawah Seksyen 9 dan didaftarkan mengikut Seksyen 21 dan mengikut kehendak-kehendak peraturan yang berkaitan dengannya adalah dikenali sebagai Pepasangan Berlesen dan Berdaftar.
(3 markah)
b) Peranan Pengguna.
Peranan Pengguna pula adalah menyediakan pepasangan yang akan menerima bekalan dari Pepasangan Awam, dan menggunakannya diatas harta atau premis pemunya (pengguna) itu sahaja. Pepasangan yang disediakan oleh pengguna ini dikenali sebagai Pepasangan Persendirian tetapi ia bukanlah Pepasangan Persendirian yang membekalkan bekalan atau Pepasangan Berlesen. Pepasangan Persendirian kategori ini tidak dikenakan lesen tetapi perlu didaftarkan bagi mengendalikannya melainkan mendapat pengecualian dibawah Akta Bekalan Elektrik 1990.
(4 markah)
Kes 22
Syarikat NILE Berhad adalah sebuah syarikat yang memperolehi lesen yang dikeluarkan dibawah Seksyen 9 Akta Bekalan Elektrik 1990. Syarikat ini sedang membina logi penjanaan kuasa 1500 KW, 3 fasa, 415/240Volt, 50 Hz untuk dibekalkan kepada pepasangan industri dan lain-lain premis milik syarikat itu sendiri. Syarikat NILE Berhad juga bercadang membesarkan pepasangan dengan tambahan kapasiti penjanakuasaan 750 KW.
Ceritakan prosedur-prosedur yang perlu diikuti oleh syarikat ini bagi membolehkan pepasangannya beroperasi dan dikendalikan secara sah mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990 apabila siap kelak.
Jawapan 22
Oleh kerana pepasangan ini pepasangan berlesen, ia perlu didaftarkan. Bagi tujuan pendaftaran pepasangan, Syarikat NILE Berhad hendaklah mengikuti prosedur berikut :
SEKSYEN 21 (1)
Sebelum siapnya sesuatu pepasangan baru, selain daripada pepasangan yang dipunyai oleh Pihak Berkuasa Bekalan, pemunya hendaklah mengemukakan, dengan pendua, kepada Pengarah, sesuatu permohonan untuk pendaftaran dalam bentuk yang ditetapkan. Pengarah hendaklah menyebabkan pemeriksaan dan ujian dibuat dalam tempoh yang ditetapkan bagi tujuan pendaftaran.
(2 markah)
PERATURAN 3 (1)
Permohonan bagi pendaftaran pepasangan hendaklah dibuat melalui Borang A seperti dalam Jadual Pertama Peraturan-peraturan Elektrik 1994.
(1 markah)
PERATURAN 5 (1)
Setelah menerima notis pemeriksaan dari Pengarah, Syarikat NILE Berhad hendaklah menyebabkan persediaan bagi pemeriksaan dan ujian dibuat dan hendaklah hadir pada masa pemeriksaan dan ujain itu.
(2 markah)
Syarikat NILE Berhad hendaklah :
PERATURAN 6
Membayar fee pemeriksaan dan ujian RM 300 seperti ditetapkan dalam Jadual Kedua Bahagian 2 Akta Bekalan Elektrik 1990.
(1 markah)
PERATURAN 4 DAN 10
Membayar fee pendaftaran dan pengeluaran lesen bagi pepasangan persendirian sebanyak RM 2000 seperti dalam Jadual Ketiga Bahagian 1 Akta Bekalan Elektrik 1990.
(1 markah)
SEKSYEN 21 (2)
Tiada seorang pun boleh memiliki atau mengendalikan sesuatu pepasangan , melainkan jika pepasangan itu didaftarkan pada suatu Perakuan Pendaftaran yang sah
(2 markah)
Disebabkan Syarikat NILE Berhad juga bercadang untuk membesarkan pepasangannya, ia adalah tertakluk kepada pemeriksaan berkala :
SEKSYEN 22
1) Tertakluk kepada apa-apa pengecualian yang diberikan dibawah Akta ini, mana-mana orang yang bercadang untuk membina, memperbesarkan atau pengubah pinda apa-apa pepasangan hendaklah memberi notis mengenai cadangan pembinaan, pembesaran atau pengubahpindaan itu kepada Pengarah. Orang itu atau seseorang yang diberikuasa olehnya hendaklah mengemukakan pelan dan mendapatkan kelulusan terdahulu daripada Pengarah yang boleh memeriksa secara berkala pepasangan itu.
(2 markah)
2) Sebagai tambahan kepada pepasangan berkala semasa pembinaan, pembesaran atau pengubahpindaan dan pemeriksaan terakhir apabila siap, semua pepasangan, semasa dikendalikan, hendaklah tertakluk kepada apa-apa pemeriksaan berkala sebagaimana yang ditetapkan.
(2 markah)
3) Pihak pengurusan atau orang yang menjaga mana-mana pepasangan atau pembinaan. pembesaran atau pengubahpindaan mana-mana pepasangan hendaklah memberi kemudahan dengan sepenuhnya bagi pemeriksaan semasa waktu bekerja.
(2 markah)
Kes 23
Sebuah syarikat pemegang lesen terpaksa berhenti mengerjakan atau mengendalikan pepasangannya ekoran kegawatan ekonomi. Ketua Pengarah telah mengenakan tindakan menggantung lesen syarikat tersebut. Akibatnya syarikat itu menanggung kesusahan kerana ia bercadang menyambung semula aktiviti lesennya apabila ekonomi pulih nanti.
a) Apakah yang harus dilakukan oleh syarikat terbabit ?.
b) Apakah ganjaran yang akan diperolehi oleh syarikat ini ?.
c) Sekiranya lesen syarikat ditamatkan, apakah tindakan Pemegang Lesen seterusnya ?.
(15 markah)
Jawapan 23
a) Syarikat boleh mengemukakan rayuan :-
SEKSYEN 18(2)
Jika lesen telah digantung atau dibatalkan atas alasan bahawa Pemegang Lesen telah berhenti mengerjakan atau mengendalikan sesuatu pepasangan, Pemegang Lesen boleh, jika ia berpendapat bahawa dia menanggung kesusahan tak berpatutan disebabkan oleh penggantungan atau pembatalan itu, merayu kepada menteri terhadap penggantungan atau pembatalan itu dan keputusan menteri mengenai rayuan itu adalah muktamad.
(Syarikat hendaklah menerima hakikat sekiranya keputusan menteri tidak memihak kepadanya)
(6 markah)
b) Syarikat tidak akan memperolehi apa-apa ganjaran berpandukan kepada:
SEKSYEN 18(3)
Pemegang Lesen tidak berhak kepada pempasan kerana apa-apa kerugian yang disebabkan kepadanya oleh penggantungan atau pembatalan kepadanya oleh penggantungan atau pembatalan lesen dibawah seksyen ini.
(3 markah)
c) Syarikat hendaklah mengalihkan pepasangannya dan kelengkapan mengikut kehendak:
SEKSYEN 18(4)
Apabila tamatnya sesuatu lesen, Pemegang Lesen hendaklah mengalihkan pepasangan dan kelengkapannya dalam masa tiga bulan dari tarikh penamatan itu, yang kegagalannya hendaklah menjadikan Pemegang Lesen itu bertanggungan bagi segala apa jua pun kos yang dilakukan dalam mengalihkannya dan kos itu boleh didapatkan kembali daripada cagaran yang didepositkan (jikada) dibawah subseksyen (1)
(Deposit yang diberikan kepada Ketua Pengarah bagi pematuhan yang wajar akan terma-terma dan syarat lesen dan Akta Bekalan Elektrik 1990)
(6 markah)
Kes 24
Sebuah kilang yang sedang beroperasi di Senawang mengeluarkan bahan-bahan kelengkapan elektrik yang tidak pernah mendapat kelulusan pihak ST. Hasil maklumat yang diperolehi , ST akan bertindak membuat pemeriksaan.
Ceritakan keadaan dan perihal yang membolehkan Pengarah memasuki bangunan kilang tersebut bagi tujuan memeriksa, memeriksa teliti dan menggeledah.
Apakah akibat sekiranya pengusaha kilang tersebut tidak membenarkan dan menghalang Pengarah tersebut bagi menyempurnakan tugasnya.
(15 markah)
Jawapan 24
SEKSYEN 5 (2) - Kuasa Memasuki Bangunan
Dalam keadaan biasa - memerlukan waran geledah.
Bagi mendapatkan waran geledah, Pengarah hendaklah memberi maklumat secara bersumpah kepada Majistret menyatakan kilang di Senawang itu menjalankan kegiatan-kegiatan yang disyaki menyalahi Akta Bekalan Elektrik 1990. Dengan waran geledah yang telah ditandatangani oleh Majistret itu, adalah memberi kuasa kepada Pengarah untuk memasuki kilang tersebut pada bila-bila masa bagi melaksanakan tugasnya.
(5 markah)
Dalam keadaan mendesak - tanpa waran geledah.
Pengarah berpuas hati diatas maklumat yang diterima bahawa dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa disebabkan kelengahan mendapatkan waran dari Majistret, kegiatan-kegiatan kilang yang menyalahi Akta Bekalan Elektrik 1990 itu sempat dialih atau dimusnahkan. Dalam hal yang sebegini, Pengarah boleh memasuki bangunan kilang itu tanpa waran.
(5 markah)
SEKSYEN 8 - Halangan Terhadap Pengarah.
Mana-mana orang yang :-
a) Tidak membenarkan mana-mana Pengarah atau Pegawai Polis yang berpangkat tidak rendah dari Inspektor akses kepada mana-mana tempat ;
b) Menyerang, menghalang atau melengahkan mana-mana Pengarah atau Pegawai Polis yang berpangkat tidak rendah dari Inspektor dalam melaksanakan apa-apa kemasukan dibawah Akta ini , atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(5 markah)
Kes 25
Dalam bahagian kesalahan dan penalti yang anda faham, terangkan kesalahan dan penaltinya mengikut bahagian yang dinyatakan.
i. Membuat pendawaian baru dan sambungan tanpa kebenaran bertulis dari Pihak Berkuasa Bekalan.
ii. Merosakkan meter untuk merekodkan keluaran kuasa.
iii. Tanpa kebenaran merosakkan atau mencacatkan lampu awam.
iv. Meninggalkan dengan gopoh atau cuai yang menyebabkan kecederaan atau kerosakkan pada harta benda.
Jawapan 25
Merujuk Seksyen 37 dalam Bahagian IX dibawah tajuk kesalahan dan penalti adalah seperti berikut :-
i) Seksyen 37 (13a) kesalahan membuat pendawaian dan sambungan pendawaian pada premis dari pihak berkuasa bekalan atau pemegang lesen dan dendanya tidak melebihi 10 ribu ringgit atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
ii) Seksyen 37 (14) kesalahan merosakan meter atau alat pada pepasangan berlesen bagi mendapat bacaan atau penggunaan habis tenaga dendanya tidak melebihi 5 ribu ringgit dan penjara tidak lebih dari dua tahun atau kedua-duanya sekali.
iii) Seksyen 37 (9) adalah bagi merosakan lampu awam sama ada memadamkan , mencacatkan pendakap tiang atau lain-lain peralatan bagi menumpang lampu awam. Dendanya tidak melebihi 25 ribu ringgit dengan denda tambahan tidak melebihi 1 ribu ringgit setiap hari atau sebahagian daripada hari selepas disabitkan kesalahan.
iv) Kesalahan dibawah Seksyen 37 (2) menyatakan mana-mana orang yang meninggalkan kerja dengan tidak sempurna dan selamat yang mana boleh menyebabkan kerosakan atau kecederaan boleh didenda tidak melebihi 50 ribu ringgit dan penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Kes 26
Encik Munir ialah seorang warganegara Indonesia dan sedang bekerja di tapak pembinaan di Sepang ingin memohon Perakuan Kekompetenan Sementara.
a) Mengikut Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, bolehkah Lembaga mengeluarkan Perakuan Kekompetenan Sementara tersebut dan apakah syarat-syaratnya.
b) Bahagian ,Peraturan dan sub-peraturan manakah yang menyatakan perkara-perkara diatas.
c) Bagi memuaskan hati Lembaga, berikan syarat-syarat yang membolehkan Encik Munir dipertimbangkan untuk pengeluaran Perakuan Kekompetenan.
(15 markah)
Jawapan 26
a) Lembaga boleh mengeluarkan Perakuan Kekompetenan Sementara. Syaratnya Encik Munir perlu membayar fee yang ditetapkan dalam Bahagian IV Jadual Kedua.
(3 markah)
b) Bahagian III Pengendalian, Peraturan 52, Subperaturan (1).
(3 markah)
c) Encik Munir mesti memiliki;
i) Kelayakan dan kemahiran yang diiktiraf bagi mengamalkan Kejuruteraan Elektrik dinegara yang dia biasa mengamalkannya.
ii) Kepakaran yang diperlukan dan kehadiran secara fizikalnya diperlukan di Malaysia.
iii) Permit kerja yang diperlukan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Releven.
(9 markah)
Kes 27
Encik Subramaniam telah didapati berada dibawah pengaruh alkohol semasa bertugas pada waktu tengahari dalam bulan Januari 2000.
a) Mengikut Peraturan-peraturan Elektrik 1994, apakah kategori kesalahan yang telah dilakukan oleh Encik Subramaniam.
b) Apakah yang perlu dilakukan oleh Pengarah apabila mempunyai sebab mempercayai bahawa seseorang yang memegang Perakuan Kekompetenan telah melakukan kesalahan yang serius.
c) Apakah yang perlu dilakukan oleh Ketua Pengarah apabila menerima laporan dari Pengarah mengenai kesalahan yang serius.
d) Encik Subramaniam berasa terkilan dengan keputusan Ketua Pengarah. Nyatakan apakah yang boleh dilakukan oleh Encik Subramaniam.
Jawapan 27
a) Salah laku serius, per 59(4)
b) Beliau hendaklah dengan serta-merta menggantung Perakuan tersebut dan merujuk perkara itu dalam masa tujuh hari Kepada Ketua Pengarah. Per 59(5)
(4 markah)
c) Ketua Pengarah hendaklah dalam masa tujuh hari melantik satu jawatankuasa yang terdiri daripada Pengerusi sebagai wakilnya dan dua orang Pengarah lain yang dinamakan oleh Ketua Pengarah untuk menyiasat kesalahan yang dikatakan yang dirujuk oleh Pengarah itu. Per 59(6)
(4 markah)
d) Encik Subramaniam boleh memohon kepada Menteri bagi pertimbangan semula. Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh keputusan Ketua Pengarah diterima dan hendaklah mengandungi alasan kekilanannya. Per 59(9)
(4 markah)
Kes 28
a) Encik Hanafi yang akan bersara dari perkhidmatannya sebagai pegawai tentera telah membina sebuah rumah dikampungnya di Kelantan. Beliau menghendaki bekalan elektrik ke rumahnya. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh Encik Hanafi.
b) Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang pemegang lesen apabila menerima suatu notis yang mengkehendakinya memberi bekalan elektrik kepada mana-mana premis.
(15 markah)
Jawapan 28
a) Encik Hanafi hendaklah memberi suatu notis kepada pemegang lesen yang menyatakan :
i) Premis-premis yang berkenaan dengannya itu dikehendaki.
ii) Hari bila bekalan itu dikehendaki dimulakan.
iii) Kuasa maksimum yang dikehendaki pada bila-bila masa.
iv) Tempoh minimum yang selamanya bekalan dikehendaki diberikan.
(Bahagian IV, Seksyen 24 , subseksyen 2)
(9 markah)
b) Bahagian VI Pembekalan oleh Pemegang Lesen, Seksyen 24, subseksyen 3 (Akta 447)
Jika Pemegang Lesen menerima daripada mana-mana orang suatu notis, beliau hendaklah memastikan.
I) Bahawa dia tidak pernah sebelum ini memberikan bekalan elektrik pada premis-premis itu.
ii) Bahawa pemberian bekalan itu menghendaki pengadaan talian bekalan atau loji atau kelengkapan elektrik atau
iii) Hal keadaan lain wujud yang membuatkannya perlu atau suaimanfaat baginya berbuat demikian.
(6 markah)
Kes 29
Sebuah kilang dikenakan caj bagi bekalan elektriknya sama ada keseluruhan atau sebahagiannya dengan merujuk kepada kuantiti elektrik yang dibekalkan.
a) Berikan cara-cara bekalan itu hendak diberikan.
b) Siapakah yang bertanggungjawab membekalkan meter kepada pengguna dan apakah cara yang biasa digunakan.
c) Siapakah yang menentukan kedudukan meter dan berikan faktor bagi menentukan kedudukan meter.
Jawapan 29
a) Seksyen 32, subseksyen 1
Bekalan itu hendaklah diberikan menerusi, kuantiti elektrik hendaklah ditentukan melalui meter yang sesuai.
(5 markah)
b) Pemegang Lesen bertanggungjawab membekalkan meter kepada pengguna dan caranya ialah melalui jualan, sewa atau pinjaman (Seksyen 32 (2))
(5markah)
c) Pemegang Lesen adalah bertanggungjawab menentukan kedudukan meter dan faktor yang telah diambil ialah meter hendaklah dipasang pada premis pengguna di suatu kedudukan yang lebih munasabah untuk menempatkan meter itu diluar premis atau di suatu kedudukan lain. Jika dalam hal keadaan tertentu budubicara Pemegang Lesen boleh digunakan (Seksyen 32(3))
(5 markah)
Kes 30
Sebutkan lima (5) perkara yang dimaksudkan “mana-mana orang yang mengikut apa-apa cara dengan curang”.
Mengikut Akta 447 dan Peraturan-peraturan Elektrik 1994, berapakah denda yang dikenakan serta tempoh penjara ke atas kesalahan seseorang jika disabitkan dengan kecurangan itu.
(15 markah)
Jawapan 30
Seksyen 37 (3)
Mana-mana orang yang mengikut apa-apa cara dengan curang :
a) mengambil tenaga - (2 markah)
b) menggunahabis tenaga - (2 markah)
c) mengguna tenaga - (2 markah)
d) mengubahpinda indeks apa-apa meter atau alat lain yang digunakan diatas atau berkaitan dengan apa-apa pepasangan mana-mana pihak berkuasa bekalan atau mana-mana pepasangan berlesen untuk merekodkan keluaran atau penggunahabisan tenaga, atau
(2 markah)
e) menghalang apa-apa meter atau alat sedemikian daripada merekodkan dengan sempurnanya keluaran atau penggunahabisan tenaga,
(2 markah)
adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan, apabila disabitkan , denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
(2 markah)
Peraturan 122
Melainkan jika selainnya dijadikan suatu kesalahan dibawah Akta, seseorang yang melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukkan Peraturan-peraturan ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi seribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
(3 markah)
Kes 31
WADI Sdn. Bhd. adalah Pemegang Lesen bagi Pepasangan Persendirian yang menjana dan membekal tenaga 3 fasa 4 dawai bagi kegunaan industri kepunyaannya. Bekalan juga disalurkan ke lain-lain premis kediaman kakitangan WADI Sdn.Bhd. di dalam kawasannya dengan menggunakan talian aerial dan kabel bawah tanah.
Bagi mendapatkan perlindungan berkesan dan kestabilan voltan, Pemegang Lesen berpendapat perlu mengadakan Neutral Bumi berbilang.
Huraikan kehendak-kehendak yang mesti dipatuhi oleh WADI Sdn. Bhd. dalam hal-hal yang berkaitan dengan neutral dan pembumian bagi sistem Arus Ulangalik dan talian bekalan.
(15 markah)
Jawapan 31
Sama ada sebagai Pemegang Lesen atau pemunya WADI Sdn. Bhd. adalah tertakluk kepada :
Seksyen 48
Tidak seorang pun boleh semasa penjanakuasaan, penghantaran, pembekalan, penggunaan tenaga membenarkan mana-mana bahagian talian bekalannya disambung dengan bumi kecuali sebagaimana yang ditetapkan oleh Peraturan-peraturan dibawah Akta atau dibenarkan secara nyata oleh Ketua Pengarah
(3 markah)
Peraturan 34
Poin neutral sistem AU tidak boleh disambung ke bumi pada lebih dari satu poin kecuali dengan kebenaran Ketua Pengarah.
(2markah)
Bagi talian aerial dan kabel bawah tanah, WADI Sdn. Bhd. seterusnya tertakluk kepada
Peraturan 34 (1)
Mana-mana penyalut logam, tudung, ganggang dan peti cantuman yang terlibat dengan kabel bawah tanah hendaklah dibumikan dengan berkesan.
(2 markah)
Peraturan 41 (7)
Neutral bumi berbilang bagi talian bekalan (sama ada melalui talian aerial atau kabel bawah tanah) tidak boleh dipasang kecuali mendapat kelulusan bertulis daripada Ketua Pengarah
(2 markah)
Peraturan 42
a) Satu talian aerial hendaklah dilindungi dari kebocoran dengan cara berikut:
i) dalam hal apabila tiang-tiang logam digunakan, dawai bumi yang dipasang daripada tiang ke tiang dan disambung ke tiang itu hendaklah digunakan, atau
ii) dalam hal apabila tiang-tiang kayu atau konkrit digunakan, dawai pengikat disambungkan pada kerja logam sokongan ke semua penebat dan ditamatkan pada point yang paling rendah hendaklah digunakan, dan
iii) dalam semua hal, neutral hendaklah konduktor paling rendah sesuatu talian aerial
(6 markah)
Kes 32
Dalam kes rusuhan di tapak logi pembekalan tenaga elektrik telah berlaku sehingga membangkitkan mogok, sekat masuk sehingga menghalang pihak Berkuasa dan anggota polis meleraikan kes ini.
Apakah kuasa yang ada oleh Ketua Pengarah bekalan elektrik bagi menyelesaikan kes ini.
(15 markah)
Jawapan 32
SEKSYEN 51
1) Yang diPertuan Agong boleh apabila berlakunya apa-apa kerusuhan perindustrian , mogok, sekat masuk atau apa-apa kejadian lain yang membangkitkan suatu darurat, atau bagi kepentingan keselamatan awam, memberikuasa Ketua Pengarah untuk :-
(4 markah)
a) menggantung lesen mana-mana pemegang lesen, mengambil milikan sementara mana-mana pepasangan pemegang lesen itu dan mengendalikannya mengikut cara sebagaimana yang difikirkannya patut, atau
(4 markah)
b) menarik balik sama ada sebahagiannya atau keseluruhannya penggunaan mana-mana pepasangan atau kemudahan daripada mana-mana orang atau golongan orang atau daripada orang awam pada umumnya.
(3 markah)
2) Jika apa-apa keraguan berbangkit tentang kewujudan sesuatu darurat atau sama ada apa-apa tindakan yang dilakukan dibawah subseksyen (1) adalah bagi kepentingan keselamatan awam, maka suatu perakuan yang ditandatangani oleh Yang Dipertuan Agong dan dipamerkan di mana-mana tempat sebagaimana yang difikirkan wajar oleh Menteri, hendaklah menjadi bukti konklusif mengenai perkara itu.
(4 markah)
Kes 33
Kolej Cahaya telah didaftarkan sebagai Unit Pendawaian Persendirian dan telah memohon memperbaharui Perakuan Pendaftarannya satu minggu sebelum tarikh habis tempoh perakuan itu iaitu pada 30.09.1999. Tiga minggu selepas itu Kolej Cahaya telah menerima surat dari Ketua Pengarah menyatakan bahawa Perakuan Pendaftaran Unit Pendawaian Persendirian Kolej Cahaya telah dipotong dari daftar nama perakuan itu. Pihak pengurusan kolej menjadi panik kerana Unit Pendawaian Persendirian adalah penting bagi kolej dan perlu diteruskan fungsinya.
a) Apakah kemungkinan yang menyebabkan Unit Pendawaian Persendirian Kolej Cahaya dipotong dari daftar perakuan pendaftaran.
b) Sila cadangkan kepada pihak Kolej Cahaya bagaimanakah caranya jika ia bercadang untuk memasukkan semula namanya ke dalam daftar perakuan pendaftaran. Nyatakan juga kesen yang mungkin diterima.
(15 markah)
Jawapan 33
Peraturan 102
Pembaharuan Pendaftaran sebagai UPP (Per.80) hendaklah dibuat dalam tempoh tidak kurang dari dua bulan sebelum tarikh habis tempoh perakuan itu.
Dalam hal ini ternyata pihak Kolej Cahaya gagal membaharui Perakuan Pendaftaran UPP nya mengikut ketetapan
(3 markah)
Peraturan 105 (2)
Pihak Kolej boleh membuat rayuan kepada Ketua Pengarah untuk pemasukan semula ke dalam daftar Perakuan Pendaftaran dalamasa tiga puluh hari dari tarikh pemotongan daripada daftar itu dengan mengemukakan keterangan dan alasan yang munasabah. Sekiranya Ketua Pengarah dapat menerima alasan yang diberi untuk memasukkan semula, ia boleh mendaftarkannya semula.
(3 markah)
Peraturan 105 (3)
Sekiranya Ketua Pengarah menolak rayuan memasukkan semula, Pihak Kolej boleh memohon kepada Menteri supaya menimbang semula perkara itu.
(2 markah)
Peraturan 105 (4)
Permohonan untuk mendapatkan pertimbangan Menteri hendaklah dibuat secara bertulis dalamasa dua puluh satu hari dari tarikh keputusan Ketua Pengarah dan hendaklah mengandungi alasan itu.
(2 markah)
Peraturan 105 (5)
Keputusan menteri tentang perkara yang dirujukkan kepadanya adalah muktamad iaitu sama ada mengekalkan keputusan Ketua Pengarah atau menerima rayuan.
(2 markah)
Peraturan 105 (6)
Sekiranya rayuan pihak Kolej diterima sama ada dibawah Peraturan 105 (2) atau Peraturan 105 (3) dan pemasukkan semula kedalam daftar dibuat, fee bagi pendaftaran semula hendaklah dibayar iaitu sebanayak RM300 dan hendaklah sah selama dua belas bulan
(3 markah)
Kes 34
Encik Hafiz adalah Pemegang Perakuan Kekompetanan PW4 dan PJE A4. Beliau ingin dan bercadang mendaftarkan diri dengan Pengarah sebagai orang kompeten kepada dua majikan iaitu Syarikat Kontraktor Elektrik Kelas C dan Syarikat Pengilang Papansuis. Pada masa yang sama beliau ingin meneruskan kerja sendiri sebagai pembuat roti canai.
i. Berikan pandangan anda terhadap keinginan dan cadangan Encik Hafiz. Cadangkan kepadanya pilihan yang terbaik dalam menentukan professionnya sebagai orang kompeten.
ii. Buatkan ulasan berdasarkan kepada Peraturan yang menunjukkan relevannya pandangan yang anda berikan.
(15 markah)
Jawapan 34
a. Pada dasarnya En. Hafiz tidaklah boleh memenuhi keinginannya untuk bekerja dengan dua majikan disamping kerja sendiri walaupun beliau memiliki dua Perakuan Kekompetenan. Ini disebabkan peraturan tidak membernarkan dia berbuat demikian lagi pun tentunya sukar bagi seseorang menyempurnakan tugas dan tanggungjawab kompeten dalam masa yang sama di dua majikan yang berasingan.
Walau bagaimana pun jika En. Hafiz berhasrat juga meneruskan keinginnya, beliau bolehlah mencuba memohon kebenaran bertulis dari Ketua Pengarah untuk berbuat demikian
(4 markah)
Pilihan terbaik yang ada ialah :-
i. Encik Hafiz memilih hanya salah satu sama ada menjadi pekerja sepenuh masa sebagai Pendawai dengan Kontraktor Kelas C ATAU menjadi pekerja sepenuh masa sebagai Penjaga Jentera Elektrik dengan syarikat Pengilang Papansuis atau
(2 markah)
ii. En. Hafiz memilih menjadi pekerja sepenuh masa sebagai Pendawai dan juga Penjaga Jentera Elektrik dengan hanya Syarikat Pengilang papansuis.
(2 markah)
Dalam mana-mana keadaan samada (i) atau (ii), En. Hafiz tidak dibenarkan melakukan kerja sendiri. Walau bagaimana pun tidaklah menghalang beliau dari melakukan kerja sendirinya di luar waktu kerja atau sewaktu bercuti dari tugas hakikinya sebagai orang kompeten yang berdaftar.
(2 markah)
Ulasan
1. Setiap pemegang Perakuan Kekompetenan yang ingin melibatkan diri dengan kerja-kerja berkaitan kekompetenannya mestilah mendaftarkan diri dengan Pengarah
PPE 1994 Peraturan 63
(1 markah)
2. Seseorang yang memegang satu atau lebih perakuan kekompetenan tidak boleh mendaftar atau dibenarkan mendaftar perakuan –perakuan itu dengan lebih dari satu majikan kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah.
PPE 1994 Peraturan 63 (2)
(1 markah)
3. Pemegang Perakuan Kekompetenan PW3 atau PW4 dan PJE dengan sekatan relevan boleh menjadi orang yang sama untuk didaftarkan sebagai pekerja sepenuh masa dengan mana-mana Pengilang Papansuis.
PPE 1994 Peraturan 93 (b), (c)
(2 markah)
4. Seseorang yang melanggar atau tidak mematuhi manamana PPE 1994 adalah melakukan kesalahan dan jika sabit boleh didenda tidak lebih satu ribu ringgit atau penjara tidak lebih dari enam bulan atau kedua-duanya.
PPE 1994 Peraturan 122
(1 markah)
Kes 35
En. Jayakumar seorang Penjaga Jentera merangkap Eksekutif pengeluaran di sebuah industri pembuat jubin. Oleh kerana permintaan pasaran yang menggalakkan, pihak pengurusan kilang telah menambah dan menggantikan peralatan dan mesin-mesin yang lebih canggih supaya pengeluaran dapat digandakan dengan masa kitaran yang pantas. Setelah beroperasi, didapati permintaan arus bertambah dan pemutus litar utama kerap terpelantik. Disamping itu bil efektrik telah meningkat sebanyak 35%. Pihak pengurusan meminta En. Jayakumar menangani kedua-dua masalah ini. Bagi mendapat perhatian dan pujian majikannya En. Jayakumar bertindak mengubah tatahan arus bagi peranti arus lebih ke peratus yang lebih tinggi. Dengan kepakaran yang ada, En. Jayakumar berjaya mengubah sebahagian aliran perjalanan elektrik tanpa melalui meter. Selepas tiga bulan Pemegang Lesen mengesyaki sesuatu kerana mendapati perbezaan ketara unit penggunaan tenaga apabila dibandingkan dengan bil-bil sebelumnya.
Berdasarkan kepada kehendak Akta Bekaian Elektrik (Akta 447) dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994:
a) Bolehkah En. Jayakumar membuat penatahan arus bagi peranti arus lebih ? Sila jelaskan.
(3 markah)
b) Apakah kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan oleh En. Jayakumar dan apakah akibatnya.
(4 markah)
c) Bagaimana caranya Pemegang Lesen mengambil tindakan sehingga kes ini boleh di dakwa di mahkamah.
( 5 markah
JAWAPAN 35
a). Encik Jayakumar tidak boleh membuat penatahan arus bagi peranti arus lebih. Kerja-kerja penentukuran hanya boleh dilakukan oleh Kontraktor Perkhidmatan Elektrik yang berdaftar di bawah Peraturan 71. Ini bertepatan dengan kehendak Peraturan 110 (3) yang menyatakan mana-mana geganti dan peranti pelindung hendaklah diperiksa, diuji dan ditentukur oleh orang kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun. Orang kompeten yang dimaksudkan ialah Jurutera Perkhidmatan.
(3 markah)
b). Kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh Encik Jayakumar:
i. Mengganggu atau melaraskan apa-apa pepasangan sehingga mungkin meyebabkan bahaya kepada nyawa atau kerosakan pada mana-mana kelengkapan.
Akibatnya: Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Seksyen 37(1).
(2 markah)
ii. Menghalang apa-apa meter merekodkan dengan sempurna keluaran elektrik. Akibatnva: Jika sabit kesalahan boleh di denda tidak lebih satu ratus ribu ringgit atau penjara tiga tahun atu kedua-duanya. Seksyen 37(3)(e).
(2 markah
c). Pemegang Lesen apabila mengesyaki sesuatu perlakuan melanggar akta telah berlaku hendaklah melaporkan perkara itu kepada Suruhanjaya untuk tindakan. Suruhanjaya akan menjalankan siasatan mengikut peruntukan Seksyen 6(1) dan(2). Jika terdapat bukti-bukti hasil daripada penyiasatan atau melalui keterangan prima facie bahawa telah berlaku pengunaan elektrik dengan curang seperti yang dimaksudkan oleh Seksyen 40, maka Suruhanjaya boleh memulakan tindakan undang-undang
Pendakwaan: Pendakwaan mahkamah hendaklah dijalankan oleh Pendakwa Raya atau boleh dijalankan oleh Suruhanjaya setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Pendakwa Raya. Seksyen 42.
( 5 markah
Kes 36
Anda adalah seorang pemegang perakuan Penjaga Jentera A1 dan telah berpengalaman beberapa tahun bekerja dengan pelbagai jenis industri. Baru-baru ini anda telah menerima tawaran bekerja sebagai penyelia dengan sebuah kilang baru yang mempunyai pepasangan dengan muatan berikut:
Suapan bekalan masuk melalui PLU 1600 A TPN lengkap dengan peranti dan geganti perlindungan ke satu papansuis utama.
Essential bus melalui penyentuh tukarganti,empat kutub ( 4 pole change over contactor) yang dihubungkan kepada sebuah janakuasa tunggusedia 500WA
Litar-litar keluar daripada papansuis utama:
i. 4 X 300 A TPN MCCB ke papan agihan di empat stesyen yang masing-masing mempunyai mesin-mesin dan kelengkapankelengkapan elektrik.
ii. 1 X 100 A TPN MCCB ke papan agihan di bangunan pentadbiran
iii. Lain-lain litar TPN dan SPN ke papan agihan berkadar 60A dan 30A bagi pelbagai kegunaan.
Anda dikehendaki menerangkan kepada majikan anda mengenai peruntulkan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 berhubung dengan:
a) Kedudukan anda sebagai orang kompeten dan kawalan kompeten bagi pepasangan tersebut.
(4 markah
b) Tanggungjawab majikan mengenai perkara-perkara berikut:
i. Pendaftaran pepasangan
2 markah
ii. Penyenggaraan pepasangan
2 markah
iii. Orang-orang yang terlibat dengan kerja-kerja berkaitan pepasangan dan kelengkapan-kelengkapan elektrik
(2 markah
iv. Kerjasama majikan apabila menerima notis daripada pengarah untulk pemeriksaan bagi keselamatan awarn
( 2 markah
JAWAPAN 36
a). Saya akan menerangkan kepada majikan saya tenteng Seksyen 23 yang menghendaki setiap pepasangan yang akan dikendalikan atau dikerjakan mestilah di bawah kawalan orang kornpeten yang mempunyai kelayakan yang ditetapkan. Dalam hal ini walaupun saya dilantik sebagai penyelia, kelayakan kekornpetenan saya iaitu Penjaga Jentera Al tidak membolehkan saya untuk mengendalikan bahagian pepasangan janakuasa tunggu sedia. Untuk ini seorang Pernegang Perakuan Penjaga Jentera dengan sekatan minimum A4-2 diperlukan. Saya juga akan menerangkan tentang Peraturan 60 yang mana majikan saya boleh mendapatkan syor untuk kawalan kornpeten ini daripada mana-mana seorang Jurutera Perkhidmatan Elektrik atau Jurutera Elektrik Kornpeten atau Penyelia Elektrik atau Jurutera Elektrik Kornpeten residen.
(4 markah
b). Tanggunjawab majikan:
i. Bertanggungjawab mendaftarkan pepasangan kerana terdapat pepasangan janakuasa tunggusedia Voltan rendah melebihi 5kW. Seksyen 21 dan Warta P.U.(B)l 56.
( 2 markah
ii. Bertanggungjawab menyenggara pepasanagan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan berfungsi dan mematuhi langkah-langkah awasan yang mencukupi setiap masa bagi mencegah bahaya. Peraturan 110(1) dan (2).
2 markah
iii. Bertanggungjawab sepenuhnya memberi perlindungan secukupnya daripada bahaya kepada orang-orang yang terlibat dengan kerja-kerja berkaitan pepasangan dan kelengkapan elektrik. Peraturan 112(2).
(2 markah
iv. Bertanggungjawab menyebabkan orang yang menjaga pepasangan hadir memberi apa-apa bantuan sebagaimana yang diperintahkan oleh Pengarah dalam notis pemeriksaan itu. Peraturan 110(5).
(2 markah
Kes 37
Encik Sulaiman berumur 23 tahun mempunyai kelayakan akedemik setaraf dengan SIPM adalah seorang perantis elektrik di sebuah kilang simen. Beliau terlibat dalam kerja-kerja pembaikan, senggaraan, pengendalian clan pengawalan pepasangan dibawah penyeliaan seorang Penjaga Jentera Elektrik BO dikilang tersebut selama tiga tahun. Peralatan-peralatan clan mesin-mesin di kilang tersebut beroperasi pada voltan tinggi 6.6 W clan voltan rendah 415 volt. Berdasarkan kepada keadaan ini En. Sulaiman bercadang untuk mengambil peperiksaan kekompetenan Penjaga Jentera Voitan Tinggi BO.
a) Bagaimanakah caranya En. Sulaiman memohon untulk mencludulki peperiksaan tersebut. Siapakah yang akan memutuskan samada beliau layak atau tidak mengambil peperiksaan itu. Sila jelaskan.
4 markah
b) Berdasarkan kepada peraturan yang ada, huraikan secara munasabahnya samada kriteria-kriteria clan syarat-syarat yang ada pada beliau membolehkannya layak dipertimbangkan untuk Peperiksaan Kelkompetenan Penjaga Jentera BO. Sila huraikan.
( 6 markah
c) Terangkan bagaimana peperiksaan bagi Perakuan Kelkompetenan sebagai Penjaga Jentera dijalankan.
2 markah
JAWAPAN 37
a). Permohonan menduduki Peperiksaan Kekompetenan Penjaga Jentera:
Encik Sulaiman hendaklah mengemukakan permohonan secara bertulis kepada Lermbaga Pemeriksa megikut cara yang ditentukan oleh Lembaga. Pada masa ini permohohonan dibuat menggunakan Borang J131E(PE)l. Peraturan 45(2).
Permohonan hendaklah dipertimbangkan oleh Lembaga yang hendaklah memutuskan sama ada pemohon itu layak untuk mengambil peperiksaan itu dan memberitahu pemohon tentang keputusannya. Peraturan 45(3).
(4 markah
b).Pertimbangan untuk Peperiksaan Kekompetenan Penjaga Jentera BO.
Berdasarkan syarat-syarat yang termaktub dalam Peraturan 49(1) , Encilk sulaiman memenuhi syarat dari segi umur dan tempoh pengalaman. Tetapi pengalaman beliau tidak sepenuhnya dalam pengawalan serta pengendalian radas dan kelengkapan elektrik voltan tinggi. Juga tidak terdapat tanda-tanda beliau terlibat dengan kerja-kerja penyegerakan (synchronising) janakuasa voltan rendah.Tidak juga diketahui sama ada Enci.k Sulaiman seorang warganegara Malaysia.
Secara munasabahnya beliau tidak layak dipertimbangkan untuk menduduki peperiksaan Kekompetenan Penjaga Jentera BO. Sekiranya Encik Sulaiman seorang warganegara Malaysia sekalipun beliau sepatutnya telah memiliki Perakuan Kekornpetenan A4 terlebih dahulu atau memiliki pengalaman yang mencukupi dalam bidang itu sebelum layak dipertimbangkan untuk memduduki peperiksaan Kekompetenan Penjaga Jentera BO.
( 6 markah
c). Cara Peperiksaan Kekompetenan Penjaga Jentera dijalankan:
Peperiksaan bagi Perakuan Kekornpetenan sebagai seorang Penjaga Jentera hendaklah berdasarkan kepada sukatan pelajaran yang ditentukan oleh Lembaga dan hendaklah dijalankan sebahagiannya secara ujian teori dan sebahagiannya ujian lisan dan boleh termasuk apa-apa ujian amali yang Lembaga fikirkan perlu. Peraturan 49(3).
( 2 markah
Kes 38
Rajah satu garisan dibawah adalah mewakili satu pepasangan bagi sebuah bangunan komersial. Merujuk, kepada lukisan tersebut, nyatakan enam (6) keperluan-keperluan keselamatan seperti yang dikehendaki oleh Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-peraturan Elektrik 1994
Jawapan 38
Nota kepada Pemeriksa: Jawapan calon hendaklah mana-mana satu daripada Seksyen Akta dan mana-mana lima daripada Peraturan yang disenaraikan dibawah ini. Enam jawapan yang betul akan membawa jumlah 12 markah.
Enam (6) kepeduan keselamatan merujuk kepada lukisan skematik yang diberikan:
1. Pelaksanaan semua kerja yang berkaitan dengan penjanakuasaan atau pembekalan elektrik yang boleh menyentuh kerja awarn atau persendirian lain hendaklah megikut cara yang ditetapkan tanpa menjejaskan keselamatam awarn atau persendirian. Seksyen 45(1).
(2 markah
2. Tiada seorang pun boleh semasa penjanakuasaan atau pengunaan efektrik, membenarkan mana-mana bahagian talian bekalannya disambung dengan bumi kecuali sebagaimana yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan dibawah Akta ini atau dibenarkan dengan nyata oleh Suruhanjaya. Seksyen 48(1)
( 2 markah
3. Sekiranya terdapat kecacatan pada pepasangan itu yang mungkin mendatangkan bahaya pihak pengurusan hendaklah membaiki kecacatan itu dengan serta merta. Setiap pengguna apabila menyedari kecacatan yang boleh mendatangkan bahaya hendaklah mrembaikinya serta merta atau melaporkannya kepada Suruhanjaya. Seksyen 49(2).
(2 markah
4. Mana-mana radas, konduktor bagi maksud penyambungan kepada sesuatu pepasangan hendaklah dalam saiz, kuasa clan bilangan yang mencukupi clan hendaklah dibina, disusun, dilindungi, dikerjakan clan disenggarakan bagi mencegah bahaya. Peraturan 15(1).
( 2 markah
5. Mana-mana pemutus litar atau pengasing rangkai hendaklah ditempatkan atau dflindungi mengikut apa-apa cara bagi mencegah bahaya. Peraturan 16(1)(a).
2 markah
6. Mana-mana Pemutus litar atau pengasing rangkai hendaklah dibina clan disusun dengan apa-apa cara supaya ia tidak boleh dengan tak sengaja tersentuh manamana bahagian hidup konduktor apabila ditinggalkan dalam keadaan "off'. Peraturan 16(1)(d).
(2 markah
7. Mana-mana pemutus litar clan penyentuh yang digunakan untuk menukarkan sumber bekalan hendaklan mempunyai kutub-kutub yang termasuk satu kutub neutral. Peraturan 16(2).
2 markah
8. Sesuatu motor hendaklah dikawal oleh satu atau lebih peranti mula yang berkesan untuk menghidupkan dan memberhentikannya. Peraturan 17(2).
( 2 markah
9. Semua bahagian susunan papansuis yang mungkin dikhendaki diselaraskan atau dikendalikan hendaklah mudah diakses. Peraturan 19(1)(a).
(2 markah
10.Sesuatu konduktor yang tak salut hendaklah ditempatkan atau dilindungi bagi mencegah bahaya daripada sentuhan tak sengaja. Peraturan 19(1)(d).
( 2 markah
11.Alas getah yang saiz dan ketebalannya yang sesuai hendaklah diletakkan di atas lantai di hadapan setiap papansuis untuk mencegah bahaya renjatan elektrik kepada seseorang pengendali. Peraturan 19(2).
( 2 markah
12.Sesuatu papansuis yang mempunyai konduktor tak bersalut yang terdedah sedemikian rupa hingga mungkin tersentuh, hendaklah jika tidak terletak disuatu kawasan yang berasingan bagi maksud itu, dipagar atau dikepung selainnya. Peraturan 19(3).
2 markah)
13.Mana-mana bahagian suis, pemutus litar atau flus dan mana-mana koduktor hidup hendaklah dilindungi untuk mengelakkan daripada sentuhan tak sengaja. Peraturan 32(3).
2 markah)
14.Suis tertutup dan pemutus litar hendaklah mempunyai tanda kedudukan " OW dan "OFF" yang ditunjukkan dengan jelas. Peraturan 32(5).
( 2 markah)
15.Suis, pemutus litar dan papan flus hendaklah dilabelkan untuk menunjukkan dengan jelas litar yang dikawainya. Peraturan 32(6).
( 2 markah)
16. Mana-mana peti suis, peti flus, bingkai gear suis yang berlogam dan rangka tapak logam mana-mana janakuasa dan motor hendaklah dibumikan dengan berkesan. Peraturan 34(1).
2 markah)
17. Dalam mana-mana pepasangan sistem pembumian konduktor yang lengkap yang dibuat daripada bahan yang boleh diterima dan mempunyai luas keratan rentas yang mencukupi dengan satu atau lebih plat bumi, paip atau rod hendaklah diadakan. Sistem membumi itu hendaklah disambungkan ke bumi dan disenggarakan dengan berkesan. Peraturan 35.
( 2 markah)
2
18. Bagi suatu pepasangan penggunaan alat mandi dan pemanas air dimana lantai dan dinding tempat penggunaan yang lantainya berkemungkinan basah, satu perlindungan kebocoran arus kebumi hendaklah diadakan melalui pemasangan peranti arus baki dengan kepekaan tidak melebihi 10 miliampere. Peraturan 36(2).
(2 markah)
19.Bagi suatu pepasangan penggunaan alat tangan, perlindungan kebocoran arus ke bumi hendaklah diadakan sama ada secara berasingan atau berkumpulan melalui pemasangan peranti arus baki dengan kepekaan tidak melebihi 30 miliampere. Peraturan 36(3).
2 markah)
20. Bagi sesutu pepasangan selain daripada alat mandi, pemanas air dan alat ketukangan tangan, perlindungan kebocoran arus ke bumi hendaklah diadakan bagi mana-mana litar akhir sama ada secara berasingan atau dalam kumpulan melalui pemasangan peranti arus baki dengan kepekaan tidak melebihi 100 miliampere. Peraturan 36(4).
2 markah

Comments

  1. Terangkan 5 perkara penting berdasarkan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, ruang-ruang bagi pemasangan papan suis ataupun lain-lain kelengkapan untuk keselamatan kepada pengguna dan peralatan tersebut

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kilang minuman keras dipercayai tertua dunia dijumpai di tapak arkeologi Mesir