Posts

Showing posts from February, 2009

Akta Bekalan Elektrik Contoh Soalan & Jawapan

Image
Kes 1. Sebuah kilang syarikat Setia Jaya yang beroperasi di Banting mengeluarkan barang kelengkapan elektrik yang tidak mendapat kelulusan Suruhanjaya Tenaga. Hasil maklumat yang diperolehi, Suruhanjaya mengarahkan suatu pemeriksaan dibuat di premis syarikat tersebut. Terangkan apakah fungsi, tugas dan kuasa Pegawai Yang Diberikuasa bagi menjalankan tanggongjawabnya. Apakah akibat jika pemilik kilang atau syarikat pengeluar tersebut tidak membenarkan dan menghalang Pegawai Yang Diberikuasa menjalankan tugasnya. Jawapan 1. a) Pegawai Yang Diberikuasa bagi menjalankan fungsi dan tugasnya dibawah Akta dan Peraturan boleh memasuki bangunan kilang samaada dengan waran atau tanpa waran pada masa-masa yang munasabah untuk memeriksa / memeriksateliti barangan kelengkapan elektrik yang dikeluarkan tidak mendapat kelulusan Suruhanjaya. Barang tersebut handaklah disita dan disenaraikan serta disimpan bagi tujuan pendakwaan dimahkamah sebagai barang bukti. [Rujukan seksyen 5(1), 5(2) dan 5(3)] Pih